TEMPAT MENARIK DI KAWASAN PENDANG IAITU PENDANG LAKE RESORT (PLR)
Menjejakkan kaki di pendang lake resort kedah pasti membuatkan setiap pengunjung terpesona keindahan dan ketenangan persekitarannya yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Dari jendela bilik resort itu, pengunjung boleh menikmati pemandangan tasik yang indah selain suasana bendang padi serta merasai tiupan angin yang menderu di daerah Pendang. Tidak hairanlah iai menjadi pilihan ramai orang sama ada secara berindividu , keluarga atau berkumpulan untuk pelbagai aktiviti sama ada menginap sebagai pelancong, berseminar, kursus atau kem motivasi. Tasik tersebut dikenali sebagai Tasik Pendang atau kolam mada bagi penduduk tempatan manakala lokasi PLR asalnya adalah bekas kawasan paya dan sawah padi terletak di Mukin Ayer Puteh. Antara kemudahan yang disediakan adalah dewan terbuka , dewan tertutup dan anjung. Orang ramai boleh menggunakan peralatan berkayak, khemah, kanopi dan kemudian elektronik selain kawasan dilengkapi fliying fox, trek rempuh halangan,trek joging ,trek jalan kaki , surau dan sebagainya. Dengan suasana menarik, kemudahan selesa, kenunikan tersendiri dan harga berpatutan , PLR ternyata mampu meninggalkan kenangan indah dan kepuasan kepada para pengunjungnya. Sebarang maklumat lanjut mengenai Pendang Lake Resort sila google link ini https://www.facebook.com/pendangresort/
GUNUNG JERAI( KAWASAN PELANCONGAN YANG BERDEKATAN )
Sebut sahaja jelapang padi negara, pasti ramai yang tahu ia adalah negeri Kedah Darulaman. Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius ia adalah kawasan tarikan pelancong utama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi Gunung Jerai yang terletak di kawasan Gurun. Dengan suhu sedemikian, ia amat sesuai untuk aktiviti rekreasi di kawasan puncak termasuk trekking dan berbasikal.
Banyak kesan sejarah di Gunung Jerai antaranya Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh orang yang bertanggungjawab mengislamkan Maharaja Debar 1 yang kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136. Jika ke Gunung Jerai anda boleh menyaksikan bongkah batu besar yang menyerupai sebuah kapal.
Kerajaan negeri telah membangunkan kemudahan penginapan yang mengandungi 13 chalet, restoran, dewan masjid dan tapak perkhemahan. Banyak kawasan air terjun di Gunung Jerai untuk mandi-manda. Selain itu, Muzium Perhutanan boleh dikunjungi untuk melihat khazanah hutan. Terdapat juga flora dan fauna, pelbagai spesies hidupan boleh ditemui seperti orkib,serangga akuatik, rama-rama,katak,burung,periuk kera dan tumbuhan herba. Gunung Jerai juga menyimpan khazanah geologi malah formasi gunung dikatakan sama dengan Gunung Matchicang yang berusia 300 juta tahun. Bahan-bahan geologi yang menarik termasuk batu batan berwarna warni garnit, garnet dan monazite.
Kedudukan Gunung Jerai yang dekat dengan laut menyediakan kawasan permandangan tanah tinggi yang menakjubkan. Dari puncak gunung saujana mata memandang ,boleh malihat sawah padi yang terbentang luas. Ketika musim menuai hamparan itu seperti permaidani emas. Jika ke Gunung Jerai banyak aktiviti boleh dilakukan seperti trekking, mendaki gunung,perkelahan,perkhemahan dan kursus bina semangat.
MAKAM SULTAN AL MUDZAFFAR SHAH
TELAGA TOK SYEIKH
PADANG TOK SHEIKH